PB 2301
KOMUNITI DAN TEKNOLOGI PROJEK
TAJUK: KERETA KLASIK DAN KOMUNITINYA
Seperti yang kita tahu, kereta adalah salah satu kenderaan yang digunakan dalam kehidupan seharian dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ini juga merupakan salah satu teknologi jentera bergerak bagi memudahkan individu menggunakannya.
Pada zaman yang serba canggih ini, berbagai jenama kereta dan bentuk badan kereta telah pun direkacipta untuk memenuhi citarasa pelanggan serta pengguna, walaubagaimanapun kereta-kereta klasik masih lagi tetap juga menjadi pilihan dan digemari di Negara Brunei Darussalam.
Oleh itu, sekumpulan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam bagi Modul PB-2301 Komuniti Dan Teknologi : Norena Mohd Isham (10B3111), Sitinor Majidah Binti Mohd.Yusof (11B1222) dan Nurul Fathin Maziyyah Binti Sulaiman@Muhammad Sulaiman (11B1183) telah tertarik untuk menjadikan 'Kereta Klasik dan Komunitinya' sebagai bahan kajian. Kajian ini dipimpin oleh Pensyarah Akademi Pengajian Brunei, Pengiran Khairul Rijal Bin Pengiran Haji Abdul Rahim.
Dalam kajian ini, tumpuan utama pengkaji adalah untuk melihat keaslian kereta tersebut serta bagaimana kereta klasik ini menyatukan para ahli-ahlinya. Walaupun bentuk badannya masih asli tetapi aksesori enjinnya berubah. Ini adalah akibat daripada pengaruh luar yang boleh dijadikan sebagai impak terutama sekali pengaruh masa kini kepada pengguna dan penggemar kereta klasik ini.