Diantara Founder dan Ahli-Ahli

Diantara Founder dan Ahli-Ahli yang sempat di temu ramah :


Hj Hainul Ardika Hj Tinggal. 
Dipanggil dan dikenali sebagai Hj Hai. Jenis kereta yang beliau gunakan ialah Datsun 200L coupe tahun 1973. Penyebab beliau meminati terhadap kereta klasik ialah kerana perlumbaan" Sprint" yang diadakan di Brunei dalam tahun 1994-1995 yang mendorong beliau untuk bertanya lebih lanjut tentang kereta klasik pada masa itu. Mempunyai sebanyak 12 buah kereta klasik yang akhirnya hanya tinggal Datsun 200L Coupe beliau dan dipercayai, kereta itu mempunyai nila sentimentalnya, yang mana beliau tidak akan menjual kereta itu. Perbelanjaan beliau terhadap memperbaiki kereta beliau mencecah $10K.


Pg Md Alli Satria Putra. 
Dipanggil dan dikenali sebagai Alli Celeste. Memiliki kereta Colt Celesti tahun 1977. Menurut Alli Celeste, Colt adalah satu brand seperti Hyundai, Toyota. Tapi sekarang, Colt adalah dibawah mitsubishi. Kereta Colt yang dimiliki beliau adalah turun temurun bapanya. Dan menurutnya, kereta itu mempunyai nilai kekeluargaan. Beliau meminati kereta klasik adalah disebabkan keunikan reka bentuk kereta klasik. Perbelanjaan beliau bagi memperbaiki dalaman sahaja kira-kira $1 ribu dan luaran dalam kira-kira $1-3 ribu.


Md Riff Rahimie Bin Alipin. 
Dipanggil dan dikenali sebagai Riff. Toyota Corolla KE20 tahun 1972 sebagai kereta klasik yang diminati. Timbul rasa minat kepada kereta klasik sejak 3-4 tahun yang lepas dan kerana beliau mempunyai teman-teman yang memiliki kereta klasik. Perbelanjaan beliau terhadap memperbaiki luaran dan dalaman kereta beliau mencecah $2.5 ribu. Beliau merupakan ahli yang aktif.


Hj Shahronieman Hj Othman. 
Dipanggil dan dikenali sebagai Ronie. Kereta yang dimiliki ialah Toyota Corolla KE30 tahun 1938. Meminati kereta klasik sejak 5 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2008. Tertarik ingin memiliki kereta klasik dari sekolah menengah lagi dan kerana teman-temannya yang memiliki kereta klasik. Perbelanjaan yang beliau belanjakan untuk memperbaiki kereta beliau mencecah $4 ribu.


Mazlan Bin Haji Mohammad
Dipanggil dan dikenali sebagai Mazlan.Bekerja sebagai mekanik kereta separuh masa. Memiliki kereta klasik selama 6 tahun iaitu, Toyota Corolla KE30 tahun 1938. Juga meminati kereta klasik sejak dari sekolah menengah lagi. Kereta beliau bewarna Oren kerana menurut beliau, ia melambang Retro. Dan beliau tidak ingin menjual kereta beliau kerana bagi beliau kereta klasik ini sukar untuk dicari pada masa sekarang. 


Hj Muhd Sallehuddin Hj Jamaluddin

Dipanggil dan dikenali sebagai Hj Salleh. Berminat dengan kereta klasik sejak tahun 2004 dan juga bermula dari sekolah menengah. Memiliki Toyota Corolla KE70 tahun 1978. Kereta yang dimiliki beliau adalah kereta yang dimiliki oleh orang tua beliau dan kereta itu mempunyai kenangan keluarga. Perbelanjaan beliau bagi memperbaiki luaran dan dalaman kereta beliau ialah kira-kira $6-7 ribu.