Diantara aktiviti komuniti ini adalah pemilihan kereta klasik, komuniti ini memanggil pemilihan ini sebagai "70's of the month" atau "Retro of the month". Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada keunikan kereta seseorang ahli itu. Diantara pemenangnya ialah:
Toyota Corolla Coupe KE35
Kereta ini dimiliki oleh Dani. Kereta ini menjadi pilihan kerana keunikannya seperti:
- Keadaan luaran kereta ini tidak diubahsuai dan masih mengekalkan warna asalnya
- Mempunyai "sound system" dan Karoake
- Lampu signal yang berkerlipan didepan dan belakang seperti didalam F1
- Dan kemudahan WIFI
Dan selain itu, komuniti ini juga,
- Mengadakan BBQ dan beriadah dengan ahli-ahlinya seperti di Pantai Serasa
- Acara berbuka puasa bersama-sama dengan ahli-ahli
- Mengiringi ahli mereka dimajlis perkahwinan bagi ahli-ahli mereka
Walaubagaimanapun, tempat dan masa tidak tetap pada tempat atau masa yang sama. Ini mengikut persetujuan ramai untuk memilih dan menentukannya.