Simbolik Dan Eksperif

Simbolik 


         Simbolik yang ada pada kereta klasik ini adalah menunjukkan perbezaan trend pada masa dahulu dan sekarang. Hasil daripada temubual yang dijalankan bersama mereka, pengkaji telah mendapati bahawa mereka ada menyatakan yang apabila seseorang itu mempunyai kereta, ini membuktikan pencapaian seseorang pada ketika itu terutama bagi lelaki. Tambahan lagi, kereta klasik kini telah menjadi tinggi nilainya. Keringkasan (simple) yang ada pada kereta klasik inilah yang menjadikan ianya sebagai salah satu teknologi yang unik dimata mereka yang meminatinya. Contoh keringkasan yang dimaksudkan, kebanyakan kereta klasik tidak menggunakan sistem digital seperti yang terdapat pada kereta-kereta pada masa sekarang.

 Berkaitan dengan enjin kereta, kebanyakan kini menggunakan sistem CPU sebagai pusat pemprosesannya tetapi dahulu ketahanan enjinnya hanya memakai coil dengan contex bagi menghidupkan enjin kereta.



Ekspresif 


          Ekspresif yang dikelolakan oleh kereta dahulu (klasik) iaitu ianya tidak mudah memek berbanding dengan kereta sekarang, ini adalah disebabkan faktor ketahanan besinya. Selain faktor besi, nilai kekeluargaan juga boleh menjadi faktor lainnya. Dari segi nilai kekeluargaan, ianya menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan iaitu nilai sentimental oleh pemilik kereta klasik tersebut. Ianya juga dapat membawa mereka ke era zaman lama dan dari sinilah menimbulkan kisah-kisah lama kembali, inilah yang mendorong semangat kehidupan zaman dahulu ke zaman sekarang di dalam nilai kekeluargaan.


Harga kereta klasik pada masa dahulu, memang lah dianggap mahal kerana faktor gaji pekerjaan seseorang untuk memiliki kereta tersebut. Manakala, sekarang kereta klasik tinggi harganya kerana menjadi rebutan serta susah untuk didapati dan dimiliki. Sedangkan anak-anak muda lagi masih menggilai dan mencari-cari untuk memilikinya walaupun dengan harga yang tinggi. Seperti yang telah dinyatakan, ianya tidak lain disebabkan faktor keunikkan yang tersendiri.