Kesimpulannya, Kereta klasik ini sebagai satu teknologi adalah punca
utama yang telah menyatukan ahli komuniti ini. Kereta klasik ini telah mewujudkan dan membentuk ahli komuniti ini bagi mereka yang mempunyai minat yang
sama terhadap kereta klasik secara lebih dalam sehingga boleh membawa mereka ke
nilai sentimental. Secara meyeluruh, komuniti ini wujud secara tidak langsung
iaitu hanya disebabkan satu pertemuan yang tidak dirancang di bengkel-bengkel
kereta dan dari situlah timbul idea untuk menubuhkan satu komuniti. Walhal, jika
salah seorang daripada ahlinya mempunyai kerosakan kepada kereta beliau,
ahli-ahlinya yang lain juga turut menyumbangkan bantuan, pandangan dan nasihat.
Terutama bagi sesiapa yang arif mengenai kerosakan kereta ini, mereka tidak
lokek untuk berkongsi maklumat dengan yang lainnya. walaupun zaman ini, zaman moden, tapi kereta klasik masih di minati ramai oleh segelintir masyarakat.
No comments:
Post a Comment