Perjumpaan dan perkenalan awal mereka bermula dengan perjumpaan yang tidak dirancang semasa membeli alat ganti dan perkakas kereta ditempat yang sama.
Pada masa itu, masing-masing belum lagi mengenali sesama sendiri. Mereka saling bertukar info dan maklumat tentang barang ganti kereta yang boleh di jumpai dengan harga yang murah dan berpatutan. Pertemuan mereka juga kadang-kala di bengkel kereta. Ketika di bengkel kereta, dengan melihat kereta yang sedang diperbaiki dan mula tertarik dan ingin berjumpa dengan pemiliknya. Dan dari sana, mereka mula mengenali dan terbiasa diantara sesama mereka. Mereka juga mencari kereta klasik ini di daerah Brunei-Muara, Tutong dan Belait. Dari sini timbullah idea untuk menubuhkan satu komuniti.
Ahlinya yang terawal seramai lebih kurang lima orang sahaja. Pengasas terawal yang menubuhkan komuniti ini adalah Pg Md Alli Satria Putra dan Shahdin (Deen RX4) yang kemudiannya diikuti oleh Hj Hainul Ardika, Helmi, Koko dan Hj Gul. Komuniti ini ditubuhkan sekitar tahun 2007.
Mulanya salah seorang ahli komuniti ini mencadangkan nama komuniti ini "70s owners car club". Oleh kerana para ahlinya mahu komuniti ini dipanggil dengan ringkas dan pendek, akhirnya mereka bersetuju menamakan komuniti ini sebagai "70s owners club". Mereka memilih 70s kerana mereka masing-masing pada masa itu memiliki kereta yang di keluarkan pada tahun 70-an.
Setelah komuniti ini teguh, maka terciptalah satu logo pada akhir 2007. Logo tersebut di buat oleh Helmi. Dan yang memberikan idea tentang bentuk atau usul logo tersebut ialah Alli dan Helmi sendiri dan logo ini dihalusi lagi oleh Deen RX4. Logo ini mempunyai maksudnya tersendiri.
Lambang kereta : ikon kereta legendary bagi sejarah perlumbaan dalam "Japan automobile classic" iaitu Datsun Skyline (Hakosuka) GTR KPGC10 yang kira-kira berharga $20k. Dan ini menjadi latar belakang bagi logo "70's owner club" ini.
Datsun 200L Coupe (Salah satu Kereta klasik jenama Datsun) |
Warna logo : merah, putih, kuning. Ini melambangkan warna retro.
Tetapi logo ini hanya di gunakan sesama ahli saja. Tidak di dalam surat
menyurat kerana komuniti ini tidak berdaftar di bawah kerajaan.
Tema bagi komuniti kereta klasik "70's owner club" ini pada awalnya adalah Japan retro classic. Tetapi setelah berbincang sesama ahlinya, mereka menukar temanya menjadi "Brunei Darussalam's retro classic". Dengan tema ini, mereka menjemput semua jenis kereta klasik, tidak terhad pada satu keluaran sahaja.
Mereka juga menetapkan beberapa syarat atau peraturan bagi sesiapa yang ingin mengikuti komuniti ini:
Mereka juga menetapkan beberapa syarat atau peraturan bagi sesiapa yang ingin mengikuti komuniti ini:
- Kereta tersebut keluaran tahun 1970-an
- Kereta klasik unik yang terdapat diBrunei Darussalam
- Komited untuk komuniti ini
- Dan kereta yang menarik
Cara mereka mengenali ahli-ahlinya; Contohnya, Alli. Mereka mengenali Alli dengan nama Alli Celeste. Celeste adalah jenis kereta yang dimiliki beliau. Jadinya, ahli-ahli senang mengenali masing-masing dengan gelaran itu.
Pada mulanya, ahli-ahlinya cuma lebih kurang 5 orang. Sudah semakin
lama, komuniti ini kian bertambah. Setakat ini, komuniti ini telah mempunyai ahli seramai 30 orang. Yang berumur dalam linkungan 20 tahun ke 30 tahun. Kebanyakkannya adalah terdiri dari lelaki dan majoritinya bekerja di bawah sektor kerajaan. Banyak kereta yang dimiliki bagi seorang individu adalah 7 buah kereta dan ada juga mempunyai lebih dari 10 buah.
PERBELANJAAN BAGI SEBUAH KERETA :
untuk badan kereta saja memerlukan 2 hingga 3 ribu. Mengikut keadaan
lama, komuniti ini kian bertambah. Setakat ini, komuniti ini telah mempunyai ahli seramai 30 orang. Yang berumur dalam linkungan 20 tahun ke 30 tahun. Kebanyakkannya adalah terdiri dari lelaki dan majoritinya bekerja di bawah sektor kerajaan. Banyak kereta yang dimiliki bagi seorang individu adalah 7 buah kereta dan ada juga mempunyai lebih dari 10 buah.
PERBELANJAAN BAGI SEBUAH KERETA :
untuk badan kereta saja memerlukan 2 hingga 3 ribu. Mengikut keadaan
kereta masing-masing. Untuk mencari barang kereta (sparepart), mereka selalunya pergi mencari di negara jiran iaitu Malaysia seperti Miri dan KK. Ada juga memesan secara online dari ebay. Jika benda tersebut terdapat di brunei, sekalipun harganya terlalu mahal, mereka tetap membelinya. Ini kerana, benda tersebut susah di cari pada masa kini memandangkan kereta klasik itu adalah kereta yang sudah lama dan tidak terlalu ramai yang menggunakan kereta tersebut.